Ahad, 14 September 2008

KAKI VIDEO LUCAH JADI PLAYBOY


KUALA LUMPUR: "Kadang-kadang saya sedih tengok kaum perempuan bangsa saya sendiri, mudah sangat dipermainkan dan sanggup beri apa saja yang dimiliki walaupun hanya di alam 'Cinta Monyet'. Sampai dah beberapa perempuan Melayu berjaya saya layukan dengan mudah," ujar Daniel, (Bukan nama sebenar), mendakwa dirinya bekas Playboy dan berjaya mendapat 'Mahkota' beberapa wanita ketika berusia belasan tahun lagi.

Daniel yang kini berusia 25tahun menyatakan pandangannya pada wanita Melayu lebih-lebih lagi dari kalangan remaja sangat menyedihkan. Menurutnya walaupun bukan semua perempuan Melayu begitu, tetapi kebanyakan yang ditemuinya kelihatan terlalu mudah mempercayai lelaki dan sanggup menyerahkan apa saja termasuk Mahkota diri sendiri.

"Saya cakap macam ni bukan sebab nak tunjuk bijak atau saja membuat spekulasi rekaan, tetapi benda macam ni memang dah nyata. Di dalam media masa pun kerap melaporkan kes remaja terlanjur dan buang anak yang semakin menjadi-jadi sekarang ni. Saya sendiri pun dah berjaya mendapatkan beberapa Mahkota yang menjadi keagungan kaum yang bernama wanita, bukan saya nak bangga cakap macam ni. Saya berani cakap sebab saya sendiri dah mengalaminya, tapi bila usia saya semakin dewasa, saya jadi menyesal dengan perbuatan-perbuatan saya yang lepas.
Menurut Daniel, pertama kali dia mendapatkan 'Mahkota' yang pertama ketika dia berada di tingkatan empat iaitu ketika berusia enam belas tahun. Daniel mengenali seorang perempuan yang sebaya dengannya ketika itu.

"Saya mula kenal dengan sorang perempuan ni masa umur saya enam belas tahun, saya gelarkannya sebagai 'N'. Masa mula-mula berkenalan dengan 'N', saya tak berniat apa-apa pun, niat saya ikhlas sekadar hanya hendak berkawan, tetapi lama kelamaan saya makin tak tahan tengok 'N', dia selalu pakai seksi-seksi membuatkan saya rasa berahi. Tetapi oleh kerana rasa hormat kepadanya, saya tak pernah buat apa-apa yang tak elok padanya," ujar Daniel.

Menurut Daniel lagi, dia sering dicabar oleh rakan-rakannya supaya meniduri 'N', oleh kerana kerap dicabar, dan selalu menonton filem lucah. Daniel menjadi tidak keruan dan mula mengambil langkah-langkah awal supaya berjaya menjerat 'N'. "Kawan-kawan saya banyak bagi 'tip-tip' yang kerap mereka pakai untuk mendapatkan 'barang berharga' dari teman wanita masing-masing. Dan tip-tip tersebut selalunya menemui jalan kejayaan. Kawan-kawan saya ajar, orang perempuan ni mudah sangat sayang dan percaya pada lelaki seratus peratus.

Langkah pertama, bagi perempuan tu yakin yang kita betul-betul mencintainya, bila langkah pertama dah berjaya, langkah seterusnya akan berjalan dengan mudah sebab perempuan Melayu ni senang percaya pada lelaki," ujar bekas Playboy tersebut. Cerita Daniel, selepas beberapa bulan berpasangan bersama 'N', suatu hari dia dan 'N' pergi berjalan-jalan sekitar Up Town Damansara. 'N' berjaya menipu ibu bapanya dengan menyatakan ingin keluar bersama teman-teman perempuan yang lain, walhal dia keluar bersama Danial hingga lewat malam.

"Satu hari tu, teman wanita saya, 'N' ajak saya bawa dia jalan-jalan pergi Up Town Damansara, jadi saya pun turutilah kehendaknya, dia boleh keluar malam pun sebab dia cakap pada ibu bapanya yang dia keluar beramai-ramai bersama-sama rakan-rakan perempuan yang lain. "Sedar tak sedar hari pun dah lewat malam, jadi saya pun nak hantar dia balik, disebabkan kawasan rumah 'N' gelap, jadi saya terpaksa temankan dia hingga depan pagar rumah. Tak sampai seminit 'N' masuk ke dalam rumahnya, tiba-tiba.....
Ikuti sambungan kisah playboy 'Daniel' di keluaran Media Terkini 15hb Sept 2008.

Tiada ulasan:

MAUT DI TEMBAK RAKAN SENDIRI

MAUT DI TEMBAK RAKAN SENDIRI

KAWAN BERTUKAR KANCIL

KUALA LIPIS, PAHANG:

KAMPUNG LIK merupakan kawasan yang dipenuhi hutan tebal pada sekitar tahun 1970an. Tiada seorang pun penduduk yang tinggal di situ. Kampung ini bersempadan dengan Kampung Ganding dan Sungai Lik. Kawasan ini terkenal dengan pelbagai spesis binatang buruan seperti kijang, rusa, pelanduk, kancil dan berbagai-bagai lagi. Ini menyebabkan ramai di kalangan penduduk kampung tertumpu di kawasan ini.
Boleh dikatakan, sesiapa sahaja yang pergi berburu ke kawasan tersebut, tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Namun, aktiviti memburu di kawasan ini terhenti apabila berlaku satu peristiwa menyayat hati, di mana dua orang sahabat karib yang pergi memburu di kawasan itu, salah seorang daripada mereka telah mati tertembak rakannya sendiri yang disangkakan kancil. Berkebetulan pula, undang-undang hidupan liar dikuatkuasakan pada tahun tersebut.

Penulis berkesempatan mencari dan menemui waris kedua-dua belah pihak yang terlibat dengan kejadian tragis tersebut iaitu Daud Ahmad, 85, atau lebih dikenali sebagai Pak Daud yang berasal dari Kelantan dan telah menetap di kampung Sungai Lik sejak 50 tahun yang lalu.

"Peristiwa ini telah lama berlalu iaitu kira-kira hampir 40 tahun yang lalu. Rasanya tidak elok untuk diceritakan, takut nanti ada yang tersinggung. Tetapi, saya sedia menceritakannya demi menjadi teladan dan pengajaran kepada semua setakat yang saya ingat.

Untuk pengetahuan semua, hutan tidak boleh dibuat 'main-main', walau setinggi manapun ilmu hutan yang kita pelajari, dugaan dan cabaran pasti menanti.

"Saya, arwah Haji Abdullah (Hj Lah) dan arwah Pak Mat (Kedua-duanya bukan nama sebenar) merupakan sahabat yang baik sekali. Kami sama-sama datang dari Kelantan pada awal tahun 70an dan membuka tanah hutan di sini. Arwah Hj Lah merupakan besan kepada saya. Memang saya akui pada masa dulu, kami penduduk kampung memang kuat memburu dan menjerat binatang. Apa tidaknya, keadaan pada masa itu amat susah sekali.

"Kehidupan kami di sini bergantung kepada hasil jualan getah pawah 30 sen sekati. Jarang sekali kami penduduk kampung dapat menjamah ikan-ikan segar sepertimana hari ini. Untuk mendapatkan bekalan makanan, kami terpaksa menunggu keretapi dari Tumpat Kelantan kerana ramai peraih-peraih yang menjual dan menjaja segala jenis makanan basah. Itupun seminggu sekali.

"Kami jarang sekali keluar ke bandar yang berhampiran seperti Bandar Jerantut dan Kuala Lipis kerana bagi kami, ianya amat jauh. Kalau ke Kuala Lipis dan Jerantut, kami terpaksa bermalam kerana keretapi pada masa itu hanya sekali dalam sehari. Oleh sebab itulah, untuk mendapatkan bekalan makanan khususnya lauk-pauk, kami terpaksa mencarinya di dalam hutan.

"Pada malam kejadian, seingat saya tahun 1971, kedua-dua sahabat tersebut telah pun membuat persiapan untuk pergi memburu seawal jam enam petang kerana kawasan hutan Lik iaitu tempat untuk mereka pergi memburu agak jauh dari Kampung Sungai Lik. Mereka berdua bertolak dari rumah lebih kurang jam sembilan malam dengan mengayuh basikal melalui jalan keretapi.

"Malam itu saya tidak ikut serta kerana saya pulang lewat dari surau dan kebetulan pula mereka berdua tidak memberitahu saya yang mereka akan masuk hutan menyuluh (memburu) kancil. Apabila saya tiba ke rumah dari surau, isteri bertanya adakah saya pergi menyuluh bersama Hj Lah dan Pak Mat. Sambil menjawab tidak, saya terus ke bilik untuk tidur.

"Namun, entah mengapa malam itu saya tidak dapat melelapkan mata. Hati saya seperti tidak tenteram. Berbagai-bagai persoalan bermain di fikiran dan saya sendiri tidak tahu mengapa. Sehinggalah jam lima pagi, saya dikejutkan oleh anak Hj Lah iaitu Syukur (bukan nama sebenar) yang meberitahu bahawa ayahnya dan Pak Mat masih tidak pulang-pulang sejak keluar menyuluh. Fikiran saya mula bercelaru, bermacam-macam andaian bermain di fikiran saya"

. ...IKUTI SAMBUNGANNYA DALAM AKHBAR MEDIA TERKINI DI PASARAN...

BERITA HANGAT KELUARAN LEPAS:

BERITA HANGAT KELUARAN LEPAS:

MISTERI CENDAWAN ANEH

JALAN IPOH, KUALA LUMPUR:

MELIHAT dari saiznya sahaja, ianya sudah kelihatan pelik dan aneh. Dan lebih aneh lagi, ianya tumbuh di dalam pasu bunga.
Menurut seorang pengamal perubatan tradisional Wali Songo, cendawan tersebut akan tumbuh dalam pasu bunga tersebut apabila dia menjalankan rawatan yang berkaitan dengan sihir atau santau.
Dia mula menyedari kejadian aneh tersebut sewaktu merawat seorang pesakit yang terkena busung akibat termakan cendawan yang telah disihir oleh orang yang tidak bertanggungjawab. "Semasa rawatan, saya sangka dia hanya mengalami penyakit biasa sahaja, tetapi kali ini saya berdepan dengan sihir yang menggunakan cendawan. Biasanya busung hanya menggunakan katak sahaja tetapi kali ini menggunakan cendawan.
"Bahayanya cendawan ini saya melihat dari segi ianya adalah sejenis kulat dan mudah tumbuh di mana-mana sahaja. Dan apabila cendawan ini kembang, maka perut mangsa juga akan mengalami masalah. Inilah yang sukar untuk dibuang kerana ianya berkaitan dengan kulat.
"Namun dengan izin Allah S.W.T dan atas ikhtiar, racun santau itu telah dibuang. Tetapi apabila saya lihat di pasu bunga saya, terdapat cendawan tumbuh dalam pasu tu dan ianya tidak logik jika ianya bukan satu kejadian yang aneh. Belum sempat saya meramkan foto cendawan tersebut, ianya telah layu dan hilang.
"Selang beberapa hari kemudian, cendawan tu muncul lagi. Dan baru saya teringat saya ada menerima pesakit yang terkena sihir lagi. Tanpa berlengah, saya terus mengambil foto tersebut menggunakan telefon bimbit untuk diteliti lebih dekat.
"Saiznya besar dan berlainan dari cendawan biasa. Mungkin inilah sihir yang menggunkaan cendawan. Mendengar cerita pesakit saya, dia mengatakan sebelum dia terkena busung, dia ada memakan sup cendawan yang diberikan oleh jirannya.

"Katanya, jirannya itu pernah memarahinya kerana berlaku kurang sopan ketika jirannya melintas dihadapan rumahnya. Bukannya apa, cuma ketika jirannya melintas dihadapan rumahnya, pintu secara tiba-tiba tertutup kuat kerana ditiup angin dan ini hanyalah salah faham sahaja.

"Mungkin kerana itu, jirannya menggunakan cara halus untuk membalas dendam lalu mengambil cara yang hanya akan mengundang dosa. Inilah manusia. Jika ada salah faham dan tersalah kata, maka kita haruslah segera meminta maaf dan bukannya memendam di dalam hati. Inilah yang akan mengundang hasutan syaitan untuk melakukan sihir," ujarnya.

AIDILFITRI MENJELMA LAGI...

AIDILFITRI MENJELMA LAGI...
Seluruh kakitangan azom mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga amalan kunjung mengunjung kita di hari mulia akan mendapat keberkatan dari Allah. Amin.

jgjkjjlkhjkj

hokjgjgkgk

AGENSI PENGIKLANAN JOHOR

AGENSI PENGIKLANAN JOHOR
Agen-agen iklan dari Batu Pahat Johor bergambar kenangan dengan Penerbit akhbar Media Terkini.

PENERBIT BERSAMA DATO AHMAD NAWAB

PENERBIT BERSAMA DATO AHMAD NAWAB

MAKLUMAT AKHBAR MEDIA TERKINI

MAKLUMAT AKHBAR MEDIA TERKINI
Akhbar ini diterbitkan 2 kali sebulan iaitu setiap 1h dan 15hb setiap bulan dengan harga RM1.50 senaskhah. Jumlah pembaca kini melebihi 400,000 orang setiap keluaran. Selain jualan seluruh Malaysia, akhbar ini mendapat sambutan luarbiasa di Brunei serta Singapura. Malah permintaan tinggi juga turut diminta dari pembaca negara Indonesia. Bagaimanapun, disebabkan masalah penghantaran yang jauh, maka pihak kami kini mengambil ketetapan dengan memperkenalkan laman blog ini supaya semua pembaca dari negara jiran dapat turut sama mengetahui perkembangan misteri, sosial dan sebagainya dari negara kita Malaysia.

PELUANG JANA PENDAPATAN MENERUSI AKHBAR TERBITAN AZOM:

teks

teks 1